SPM Sejarah Set 1D

  1. Garis masa berikut merujuk kepada pengenalan akta oleh British di Burma.

    Apakah kesan pengenalan akta tersebut?

    1. Memodenkan pentadbiran
    2. Mengikis fungsi institusi agama
    3. Menamatkan pentadbiran tradisional
    4. Mengembalikan kuasa raja
  2. Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara.
    1. Perjuangan secara militan
    2. Membentuk organisasi politik
    3. Golongan intelek menjadi pemimpin
    4. Membebaskan diri daripada penjajah
  3. Apakah faktor berlakunya penentangan penduduk tempatan terhadap kuasa Barat di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 ?
    1. Penggunaan sistem telegraf
    2. Kemajuan pengangkutan
    3. Dasar penaklukan British
    4. Kemunculan golongan intelektual
  4. Apakah kesan daripada persetujuan berikut?

    1. Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri
    2. Perkongsian kuasa Pesuruhjaya Tinggi dan Majlis Raja-Raja
    3. Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dibentuk
    4. Sultan menjaga hak dan kedudukan istimewa orang Melayu
  5. Rajah di bawah merujuk kepada sistem pemerintahan di Kelantan.

    Penubuhan Sistem Jemaah Menteri oleh Sultan Muhammad II menunjukkan Kelantan

    1. mempelopori pemerintahan demokrasi
    2. mempunyai pentadbiran yang mantap
    3. melaksanakan sistem Raja Berpelembagaan
    4. meniru sistem pentadbiran Negeri Sembilan
  6. Apakah tujuan Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?
    1. Melatih penduduk tempatan mentadbir negara
    2. Membentuk sistem perundangan yang mantap
    3. Meningkatkan taraf hidup penduduk
    4. Mengekang pengaruh komunis
  7. Senarai di bawah merujuk kepada dua orang tokoh yang memainkan peranan dalam pembentukan Malaysia.

    Apakah persamaan peranan mereka?

    1. Mengasaskan Suruhanjaya Cobbold
    2. Menjadi ahli Pasukan tinjauan PBB
    3. Menganggotai Jawatankuasa Antara Kerajaan
    4. Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
  8. Maklumat berikut adalah syarat-syarat

    1. menjadi calon pilihan raya*
    2. mengundi dalam pilihan raya
    3. memohon taraf kewarganegaraan
    4. memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
  9. Apakah prinsip dasar luar Malaysia pada tahun 1970-an?
    1. Pro-Barat
    2. Berkecuali
    3. Tutup pintu
    4. Antikomunis
  10. Senarai di bawah merupakan antara usaha kerajaan memajukan negara kita semasa fasa pertama Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

    Apakah tujuan agensi-agensi tersebut diwujudkan?

    1. Membangunkan sektor pertanian
    2. Memajukan sektor perindustrian
    3. Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
    4. Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan

Klik butang biru di bawah untuk memulakan ujian!

SPM Sejarah Set 1D

Setiap set mengandungi 40 soalan. Set ini mengandungi soalan 31 – 40 bagi set 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *