SPM Sejarah Set 1C

  1. Apakah pengertian tamadun berdasarkan perspektif Barat?
    1. Menekankan peradaban
    2. Merangkumi aspek rohaniah
    3. Melibatkan pembukaan bandar
    4. Mementingkan pembangunan lahiriah
  2. Apakah fungsi Colloseum dalam tamadun Rom?
    1. Digunakan untuk persidangan pemimpin
    2. Tempat berlangsung acara sukan
    3. Pusat latihan tentera
    4. Pementasan teat
  3. Mengapakah pelabuhan pembekal kerajaan awal di Asia Tenggara bertukarn kepada pelabuhan kerajaan?
    1. Peningkatan perdagangan
    2. Peluasan empayar
    3. Penemuan logam
    4. Perluasan kuasa
  4. Mengapakah orang Islam berhijrah dari kota Makkah ke Madinah?
    1. Melaksanakan perundangan Islam
    2. Menubuhkan pusat pentadbiran Islam
    3. Membentuk masyarakat pelbagai kaum
    4. Menerima jemputan masyarakat setempat
  5. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian struktur organisasi pentadbiran Srivijaya.

    Siapakah yang mengetuai pentadbiran peringkat daerah?

    1. Datu
    2. Senapati
    3. Parvanda
    4. Penghulu
  6. Apakah usaha yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Islam?
    1. Mengurangkan birokrasi
    2. Memperkenal sistem urus setia
    3. Menubuhkan jabatan kerajaan
    4. Membahagikan wilayah
  7. Mihrab merupakan salah satu ciri khas masjid yang membezakannya dengan binaan lain. Apakah fungsi mihrab?
    1. Ruang jemaah solat
    2. Pentas imam berkhutbah
    3. Sudut penyimpanan kitab
    4. Penanda arah kiblat
  8. Mengapakah sistem perundangan di Melaka mengecualikan sultan daripada sebarang tindakan undang-undang?
    1. Memenuhi tuntutan agama
    2. Menunjukkan taat setia rakyat
    3. Mendapat sokongan pembesar
    4. Melambangkan kedudukan raja
  9. Penguasaan pembesar Melayu dalam sektor perlombongan pada abad ke-19 dapat dibuktikan menerusi
    1. hak mengutip cukai
    2. kemasukan tenaga buruh
    3. penguasaan teknologi moden
    4. kuasa menetapkan harga jualan
  10. Apakah fungsi konsep daulat pada zaman kesultanan Melayu?
    1. Mengawal tingkah laku sultan
    2. Melahirkan pembesar bermaruah
    3. Mengukuhkan kedudukan sultan
    4. Melicinkan upacara istiadat pertabaJan

Klik butang biru di bawah untuk memulakan ujian!

SPM Sejarah Set 1C

Setiap set mengandungi 40 soalan. Set ini mengandungi soalan 21 – 30 bagi set 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *