SPM Sejarah Set 1A

  1. Mengapakah lembah sungai menjadi pusat pembentukan tamadun awal manusia?
    1. Kesuburan tanah
    2. Kesesuaian seni bina
    3. Jaminan keselamatan
    4. Potensi untuk pelancongan
  2. Tokoh-tokoh berikut memberi sumbangan yang besar kepada tamadun awal manusia

    Apakah persamaan peranan kedua-dua tokoh tersebut?

    1. Mengasaskan pemerintahan diktator
    2. Melaksanakan perluasan empayar
    3. Mengutamakan aspek keagamaan
    4. Memperkenal perundangan moden
  3. Ketinggian peribadi Nabi Muhammad s.a.w. dalam rajah di atas dapat dibuktikan melalui

    (Anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

    1. Sentiasa merendah diri
    2. Sikap suka membantu isteri
    3. Mengutamakan pendidikan anak-anak
    4. Bersikap pemaaf kepada golongan tua
  4. Apakah kesan daripada amalan hidup zaman Jahiliah berikut

    1. Kerajaan sering bertukar ganti
    2. Kelemahan sistem kekeluargaan
    3. Kemunculan semangat assabiah
    4. Kegiatan ekonomi tidak berkembang
  5. Dialog di bawah mungkin berlaku antara ketua-ketua Quraisy di Makkah.

    Apakah faktor yang mendorong mereka menganggap ajaran Islam menggugat perkembangan ekonomi mereka?

    1. Mengharamkan amalan perdagangan
    2. Menyekat penjualan air di telaga zamzam
    3. Melarang amalan penindasan golongan bawahan
    4. Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala
  6. Rajah di bawah adalah berkaitan dengan usaha khalifah Abu Bakar al-Siddiq menetapkan hak rakyat bukan Arab yang memeluk Islam.

    Y tersebut merujuk kepada golongan

    1. Sufi
    2. Zimmi
    3. Mawali
    4. Mozarab
  7. Senarai berikut merupakan kawasan-kawasan baru yang berjaya dikuasai oleh Tun Perak pada abad ke-15

    Apakah kesan daripada penguasaan kawasan-kawasan tersebut?

    1. Perluasan syiar Islam
    2. Penyebaran adat istiadat Melaka
    3. Warisan kesultanan diperkukuh
    4. Kepesatan ilmu pengetahuan
  8. Kerajaan Melaka telah mengecualikan cukai ke atas barangan tertentu. Apakah barangan tersebut?
    1. Rempah
    2. Beras
    3. Manik
    4. Sutera
  9. Apakah faktor penting yang mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal menjelajah ke Timur abad ke-15?
    1. Perdagangan rempah
    2. Semangat kekitaan
    3. Tanggungjawab terhadap bangsa
    4. Bersaing dengan kuasa Eropah lain
  10. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494 oleh kuasa imperialis Eropah. Apakah kepentingan perjanjian ini?
    1. Portugal dan Sepanyol menetapkan pengaruh masing-masing
    2. Portugal mula mendapat hak ke atas Amerika Latin
    3. Sepanyol menjadi kuasa besar dalam penjajahan
    4. Sepanyol dan Portugal mula berperang

Klik butang biru di bawah untuk memulakan ujian!

SPM Sejarah Set 1A

Setiap set mengandungi 40 soalan. Set ini mengandungi soalan 1 – 10 bagi set 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *