SPM Kimia Set 1D

  1. Zink bertindak balas dengan asid hidroklorik seperti persamaan di bawah :
    Zn(s) + 2HCl(aq) ZnCl2(aq) + H2(g)
    Antara graf isipadu(V) hidrogen melawan masa(t) berikut berikut yang mana adalah betul ?

  2. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas dalam penyedian suatu garam larut.

    Antara berikut yang manakah mungkin X ?

    1. Natrium karbonat
    2. Kalium karbonat
    3. Magnesium karbonat
    4. Ammonium karbonat
  3. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas bagi tindak balas antara asid dengan logam untuk menghasilkan garam.

    Antara berikut, yang manakah bukan logam X?

    1. Magnesium
    2. Kuprum
    3. Plumbum
    4. Zink
  4. Dalam proses saponifikasi, larutan natrium hidroksida pekat ditambahkan kepada minyak sayuran yang mendidih untuk menghasilkan X dan sabun. Apakah X?
    1. Gliserol
    2. Etanol
    3. Asid propanoik
    4. Etil metanoat
  5. Persamaan termokimia berikut menunjukkan pembentukan plumbum (II) sulfat.
    Pb2+ + SO42- → PbSO4
    ΔH = -50 kJ mol−1
    Antara penyataan berikut manakah benar mengenai tindak balas tersebut?

    1. Mendakan putih terbentuk
    2. Tindak balas adalah eksotermik
    3. Suhu berkurangan semasa tindak balas
    4. Haba yang terbebas apabila 0.2 mol ion plumbum(II) bertindak balas ialah 10.0 kJ
  6. Antara gas berikut, yang manakah mengandungi 0.35 mol atom pada suhu dan tekanan bilik? [1 mol gas menempati isi padu sebanyak 24 dm3 pada suhu dan tekanan bilik]
    1. 8.4 dm3 Ar
    2. 8.4 dm3 Cl2
    3. 8.4 dm3 CH4
    4. 8.4 dm3 CO2
  7. Rajah di bawah menunjukkan label pada sebotol jus oren.

    Bahan tambah makanan manakah akan meningkatkan rasa dan bau pada jus oren itu?

    1. Oktil etanoat
    2. Sulphur dioxida
    3. Asid askorbik
    4. Tatrazina
  8. Persamaan berikut mewakili tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik. Antara faktorberikut, yang manakah tidak boleh meningkatkan kadar tindak balas ini?
    CaCO3 (s) + 2HCl(aq) → CaCl2(s) + H2O(l) + CO2(g)

    1. Mengurangkan saiz kalsium karbonat
    2. Meningkatkan suhu campuran
    3. Meningkatkan kepekatan asid hidroklorik
    4. Meningkatkan isipadu asid hidroklorik
  9. Pengaratan paku besi dalam tabung uji berisi air dapat dipercepatkan dengan
    1. Melilit paku itu dengan logam yang lebih elektropositif daripadanya
    2. Meletakkan tabung uji itu ke dalam tabung uji
    3. Menambah natrium klorida ke dalam tabung uji
    4. Menuang selapisan minyak ke atas air dalam tabung uji itu
  10. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan unsur T dan U di dalam Jadual Perkalaan Unsur.
    Manakah antara berikut merupakan formula kimia bagi sebatian yang terbentuk apabila unsur T bertindak balas dengan unsur U?

    1. TU2
    2. T2U3
    3. T2U
    4. T3U2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *