SPM Kimia Set 1C

  1. Contoh-contoh garam yang dapat disediakan dengan kaedah penguraian ganda dua adalah
    1. Argentum klorida
    2. Magnesium nitrat
    3. Barium sulfat
    4. Zink karbonat
  2. Kation manakah yang terdapat dalam leburan plumbum(II) iodida?
    1. H+
    2. I
    3. Pb2+
    4. OH
  3. Rajah di bawah menunjukkan formula molekul bagi dua sebatian hidrokarbon.

    Antara berikut, yang manakah benar tentang sebatian A dan B?

    1. Sebatian A adalah hidrokarbon tepu
    2. Sebatian B larut dalam air
    3. Sebatian A menghasilkan banyak jelaga apabila terbakar dalam udara
    4. Sebatian B mengalami tindak balas penambahan
  4. Kedua-dua asid etanoik dan asid hidroklorik yang berkepekatan 1 mol dm-3 mempunyai
    1. kepekatan ion hidrogen yang sama
    2. darjah pengionan dalam air yang berbeza
    3. nilai pH yang berbeza
    4. kepekatan ion hidroksida yang sama
  5. Unsur M dan N bergabung untuk membentuk sebatian yang mempunyai ciri-ciri berikut:
    Takat lebur yang rendah
    Tidak larut dalam air
    Antara berikut yang manakah benar tentang unsur M dan N?

    1. M dan N mempunyai bilangan elektron yang sama
    2. Kedua-dua M dan N adalah lagam peralihan
    3. M adalah logam manakala N adalah bukan logam
    4. Kedua-dua M dan N adalah unsur bukan logam
  6. Susunan elektron atom X ialah 2.8.3 dan susunan elektron atom Y ialah 2.6.
    Unsur X dan Y dapat bertindak balas untuk membentuk satu sebatian.
    Pernyataan manakah yang benar tentang pembentukan sebatian itu?

    1. Sebatian yang terbentuk mempunyai formula XY3
    2. Satu sebatian kovalen terbentuk
    3. Atom X melepaskan 3 elektron
    4. Atom Y melepaskan 6 elektron
  7. Rajah manakah menunjukkan susunan zarah yang mempunyai daya tarikan antara zarah yang paling kuat?
  8. Antara berikut, yang manakah tidak benar berkaitan penukaran lemak tak tepu kepada lemak tepu
    1. Takat didih minyak meningkat
    2. Sifat fizik berubah dari cecair kepada pepejal
    3. Jisim molekul relatif molekul minyak meningkat
    4. Daya tarikan antara molekul semakin lemah
  9. Rajah menunjukkan susunan radas bagi mengkaji sifat kimia asid sulfurik.

    Antara berikut yang manakah merupakan hasil tindakbalas di atas?

    1. Zink sulfat dan air
    2. Zink sulfat dan gas hidrogen
    3. Zink sulfat, air dan gas karbon dioksida
    4. Zink sulfat, air dan gas karbon monoksida
  10. Jadual 2 menunjukkan takat didih bagi tiga unsur dalam Kumpulan 17.
    Halogen Takat didih (°C)
    Fluorin -188
    Klorin -35
    Bromin 59

    Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa takat didih bertambah apabila menuruni kumpulan?

    1. Pertambahan nombor proton
    2. Pertambahan kekuatan daya tarikan antara molekul
    3. Pertambahan bilangan petala berisi elektron dalam atom
    4. Pertambahan kekuatan ikatan kovalen antara atom-atom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *