SPM Kimia Set 1B

  1. Simbol bagi dua unsur adalah 199Q dan 4020R. Jika P berpadu dengan Q untuk membentuk sebatian, apakah formula relatif bagi sebatian ini?
    1. 59
    2. 78
    3. 97
    4. 99
  2. Bahan manakah yang digunakan sebagai perisa?
    1. Natrium nitrit
    2. Sebatian azo
    3. Asid askorbik
    4. Mononatrium glutamate
  3. Antara ion -ion berikut, yang manakah mengurangkan keberkesanan sabun dalam air
    liat?

    1. Ion kalsium dan ion natrium
    2. Ion aluminium dan ion ferum(II)
    3. Ion kalsium dan ion magnesium
    4. Ion magnesium dan ion kalium
  4. Setengah persamaan di bawah mewakili satu tindak balas.
    2I → I2 + 2e
    Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas pengoksidaan berdasarkan persamaan di atas?

    1. Elektron diterima oleh iodin
    2. Elektron diterima oleh ion iodida
    3. Elektron dilepaskan oleh iodin
    4. Elektron dilepaskan oleh ion iodida
  5. Persamaan berikut mewakili pengoksidaan atom magnesium.
    Mg → Mg2+ + 2e
    Apa yang dimaksudkan dengan pengoksidaan berdasarkan persamaan tersebut?

    1. Elektron diterima oleh ion magnesium
    2. Elektron didermakan oleh ion magnesium
    3. Elektron diterima oleh atom magnesium
    4. Elektron didermakan oleh atom magnesium
  6. Rajah di bawah menunjukkan satu jenis sel kimia. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul?

    1. Sel kimia tersebut tidak boleh dicas semula
    2. Plat plumbum yang disalut dengan plumbum(IV) oksida ialah terminal positif sel
    3. Tindak balas pengoksidaan berlaku di terminal positif
    4. Elektrolit yang digunakan ialah asid nitrik
  7. Logam X adalah lembut dan berkilat. Ia bertindak balas dengan air untuk
    menghasilkan larutan yang bersifat alkali.
    Apakah logam X?

    1. Magnesium
    2. Natrium
    3. Kuprum
    4. Zink
  8. 1 mol dm-3 larutan X menjalani elektrolisis dengan menggunakan elektrod karbon. Gas berwarna kuning kehijauan dan sengit dibebaskan pada elektrod anod. Antara berikut, yang manakah kemungkinan larutan X?
    1. 0.0001 mol dm-3 kalium sulfat
    2. 0.0001 mol dm-3 asid hidroklorik
    3. 2 mol dm-3 kalium sulfat
    4. 2 mol dm-3 asid hidroklorik
  9. Pernyataan manakah betul mengenai unsur-unsur apabila merentasi Kala 3?
    1. Saiz atom bagi unsur-unsur semakin bertambah.
    2. Keelektronegatifan atom bagi unsur-unsur semakin bertambah.
    3. Sifat oksida berubah daripada oksida bes kepada oksida amfoterik dan oksida asid.
    4. Daya tarikan nukleus atom terhadap elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil semakin lemah.
  10. Antara pasangan berikut, yang manakah benar mengenai kegunaan isotop?
    1. Kobalt-60: Untuk memusnahkan bakteria dalam makanan
    2. Karbon-14: Untuk menganggar usia artifak
    3. Iodin-131: Untuk mengesan kedudukan tumor
    4. Natrium-24: Untuk mengesan kebocoran paip petroleum bawah tanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *