SPM Kimia Set 1A

  1. Yang manakah antara berikut adalah molekul?
    1. Neon
    2. Ammonia
    3. Natrium klorida
    4. Kalium heksasianoferat(III)
  2. Jisim satu atom X empat kali lebih berat daripada satu atom besi.
    Berapakah jisim atom relatif X?
    [ Jisim atom relatif : Fe = 56]

    1. 8
    2. 14
    3. 28
    4. 224
  3. Rajah di bawah menunjukkan unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur. Unsur manakah adalah unsur Kumpulan 17?

    1. W
    2. X
    3. Y
    4. Z
  4. Manakah antara bahan berikut mengandungi atom?
    1. Kuprum
    2. Gas nitrogen
    3. Plumbum(II) iodida
    4. Naftalena
  5. Antara yang berikut manakah benar mengenai hasil yang terbentuk apabila natrium bertindak balas dengan air?
    1. Oksigen
    2. Hidrogen
    3. Natrium oksida
    4. Natrium hidroksida
  6. Rajah di bawah menunjukkan satu Jadual Berkala yang tidak lengkap. Apakah ciri khas unsur J?

    1. Membentuk ion-ion yang mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza
    2. Bertindak balas dengan kedua-dua asid dan bes
    3. Bertindak balas dengan air
    4. Merupakan separuh logam
  7. Rajah di bawah menunjukkan peringkat-peringkat yang terlibat dalam Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik. Apakah suhu optimum dan mangkin yang digunakan dalam peringkat I?

    1. Suhu: 200°C; Mangkin: Mangan(IV) oksida
    2. Suhu: 450°C; Mangkin: Mangan(IV) oksida
    3. Suhu: 450°C; Mangkin: Besi
    4. v: 200°C; Mangkin: Besi
  8. Antara yang berikut, yang manakah tindak balas paling perlahan?
    1. Sedikit serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan ke dalam larutan hidrogen peroksida
    2. Larutan plumbum(II) nitrat ditambahkan ke dalam larutan natrium klorida
    3. Asid sulfurik cair ditambahkan ke dalam larutan natrium tiosulfat
    4. Sedikit serbuk zink ditambahkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat
  9. Molekul besar yang mengandungi unit molekul ulangan disebut
    1. polimer
    2. monomer
    3. polimonomer
    4. makromolekul
  10. Asid etanoik tulen tidak mengkonduksikan elektrik kerana
    1. terdiri daripada molekul-molekul
    2. merupakan asid lemah
    3. merupakan bahan organic
    4. mengandungi ion-ion yang tidak bebas bergerak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *